βΔЄƘĦƳƲИ'Ƨ ƜƖҒЄƳ
Quote Bloglist Entry Follow

Hipokrit atau perintah Allah?
Assalamualaikum. Apa yang aku tulis ni lebih kurang luahan. Salah ke aku nak berubah? Bila aku pakai sarung kaki. "wei jangan hipokrit" "eh kenapa kaki putih dari tangan" "dah kenapa kau pakai stokin" "kelakar la" . Bila aku pakai seluar jeans besar/loose. "haahahha macam makcik2" "kelakar nye. Zaman bila kau ni" "err tak hipster la. Tak style langsung" . Aku anggap tu semua ujian dari Allah untuk aku. Aku ada dengar, nak berubah ni mmg susah. Yang penting sekali, jangan kau dengar cakap2 orang. Okay aku nak cerita macam mana terdetik di hatiku nak pakai tudung bawah dada, sarung kaki, baju labuh dan seluar longgar. Satu hari aku terfikir, ayah aku selangkah kaki sahaja lagi nak masuk syurga tapi sebabkan aku anaknya tak menutup aurat dengan sempurna. Ayah ku tak dapat masuk syurga. Sedangkan dari aku belum lahir sampai aku besar pandai jaga diri ayah aku jaga aku bagai menatang minyak yang penuh malah lebih dari itu. Tapi aku. Apa yang aku balas untuk ayahku? Aku mengheretnya ke neraka kerana pakaian aku yang tidak tutup dengan sempurna. Aku tak sanggup buat sebegitu kpd ayahku.

Nak cakap pasal hipokrit. Ye, memang aku ni teruk. Mulut sebut yang tidak elok. Solat kadang2 lupa. Paling teruk buat2 lupa. Mengumpat orang situ sana sini. Menutup aurat ni perintah Allah, kan? Kalau nak kata 'okay jangan hipokrit!'. Baik aku tak payah pakai tudung, pakai seksi2 je. Sbb perangai bukannya baik sangat. Hah. Kau nak kira macam mana tu? Tidak salah berubah secara perlahan-lahan.

Aku pernah berubah secara drastik. Tak lama lepas tu, aku jadi diri aku yang lama malah lebih teruk dari tu. So, kalau nak berubah biarlah slow2. Tak nafi iman kita ni memang kadang2 atas kadang2 bawah. Orang sekeliling support la. Bukan menjatuhkan. Taknak support, duk diam2 la. Muhasabah diri sendiri lebih baik. Kau yang baca ni fikirlah hipokrit ke perintah Allah.

Aku mahu menjadi seorang yang lebih baik. Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Selama ni, aku asyik minta hidayah dari Allah. Tapi bila Allah dah bagi, aku buat tak endah je. Kali ni, Allah bagi aku hidayah. Aku sambut. Aku gapai. Aku pegang elok2. Aku buat. Oh ye, pasal sarung kaki tu kan. Selama ni aku buat bodoh je. Ada satu masa ada org post dkt twitter pasal kaki tu aurat. Aku tengok pastu aku bermonolog lantak aaa!!! tiba2 aku rasa tak sedap hati. Aku sentap sebenarnya. Aku fikir ni semua hidayah. Kenapa aku elak sedangkan itu yang aku pinta selama ini. Ye jujurnya susah nak istiqamah dalan beribadat.

Sekian dari aku gadis pendosa yang juga ingin ke syurga. Hipokrit atau perintah Allah?


Assalamualaikum. Nama aku puyi. Aku bukan blogger yang tegar


cbox


HISTORY

Credit
Skins by Hafiz Zulakfly fully edited by Naylii . Helpful By


Social