Sunday, 11 January 2015

B1A4 salah atau kita yang salah?

Assalamualaikum dan hi. Okay memang sekarang tengah hangat pasal ni kan. Puyi malas nak cakap banyak. Bimbang kita pulak yang tersilap cakap. Niat nak berbicara baik-baik jadi lain pulak ceritanya nanti kan.

Yes aku pun kpopper. Tapi aku rasa setakat ni, aku sedar siapa aku. Aku sedar agama aku. Aku ingat Tuhan aku. Mungkin kalau aku kat sana, aku pun boleh lupa pasal ni. Almaklumla nafsu menguasai diri. Sebenarnya aku tak tahu pun B1A4 datang Malaysia. Kurang update sangat sekarang. Tengok-tengok cerita macam ni berlaku. What happened derrrr. Sangat memalukan sebagai perempuan muslim. Macam ustaz aku cakap, MELAYU atau ISLAM? Benda ni boleh tersebar salah satu sebabnya orang post kan video ni.

Kalau ada orang yang tak sebarkan, mungkin kita semua takkan tahu pasal ni. Aku rasa ada baiknya juga orang hebohkan pasal ni. Boleh la buat tauladan buat perempuann islam semua. Ingat batas kita. Kalau boleh, cuba kawal diri agar tak pergi. Lebih baik tak pergi dari pergi kan. Banyak lagi perkara faedah boleh buat sayang. Lepasni, kpop-kpop semua dah takut datang Malaysia. Gentar jumpa perempuan islam. Padam muka ekooo -_-

Jujur aku pun berniat nak pergi tempat macam ni, konon nak jumpa idol la. Tapi fikir balik, buat apa buang duit pergi concert? Bukannya murah. Mahal oiii. Beratus-ratus. Baik aku beli baju ke, makanan ke, wah AIRMAX ke. Kah kah

Balik ke cerita ni, sememangnya iman kita ni dah senipis kulit bawang. Terlalu hidup dalam kebebasan. Lupa Allah. Lupa agama. Dah banyak benda2 ni berlaku cuma takada yang hebohkan. Kalau retis melayu kita sendiri pun, lek je jumpa fans pi peluk depan orang ramai. Pegang tangan. Bukan nya tak ada yang bersuara TETAPI kita ni yang selalu mengendahkan. Tak pernah hirau.

Pesanan disini, ingat Allah, ingat Nabi, ingat ibubapa, ingat agama. Jaga MARUAH. Awaa ingat maruah tu murah ke? Tepuk dada, tanya selera. Sekian.

No comments:

Post a Comment